Moral dalam bahasa latin iaitu Moralitis merupakan istilah manusia menyebut ke manusia atau orang lainnya dalam tindakan yang memiliki nilai positif. Manusia yang tidak memiliki nilai positif dianggap tidak bermoral dan tidak memiliki nilai positif di mata manusia lainnya. Sehingga moral adalah hal mutlak yang harus dimiliki oleh manusia, Moral pada masa sekarang memiliki nilai implisit kerana banyak orang yang memiliki sikap moral atau tidak bermoralitu dari sudut yang sempit. Moral itu sifat dasr yang diajarkan di sekolah-sekolah dan manusia harus memiliki moral jika ia ingin dihormati oleh sesamanya.
Blog LUKMAN GANU memaparkan info-info menarik, berita-berita, ilmu pengetahuan, tutorial dan banyak lagi.
Blog Lukman Ganu Memaparkan Berita-Berita, Ilmu pengetahuan, Tutorial dan Banyak lagi.
Ahad, 23 Februari 2014
MORAL
Moral dalam bahasa latin iaitu Moralitis merupakan istilah manusia menyebut ke manusia atau orang lainnya dalam tindakan yang memiliki nilai positif. Manusia yang tidak memiliki nilai positif dianggap tidak bermoral dan tidak memiliki nilai positif di mata manusia lainnya. Sehingga moral adalah hal mutlak yang harus dimiliki oleh manusia, Moral pada masa sekarang memiliki nilai implisit kerana banyak orang yang memiliki sikap moral atau tidak bermoralitu dari sudut yang sempit. Moral itu sifat dasr yang diajarkan di sekolah-sekolah dan manusia harus memiliki moral jika ia ingin dihormati oleh sesamanya.
CERITAKU BERMULA DISINI....
Usiaku semakin meningkat naik.detik demi detik aku terus melangkah ke hadapan untuk mecorakkan kehidupan aku sendiri. Banyak lagi ilmu yang akan aku cari sebelum menceburi bidang kerjaya. Selepas tamat zaman persekolahan, aku terus melangkah ke alam menara gading. disini cabaran baru bermula untuk menimba ilmu yang tidak pernah cukup. Aku telah ditawarkan ke sebuah universiti pendidikan yang terkenal di Malaysia iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Peluang ini sememangnya tidak aku sia-siakan. sejak dahulu lagi aku mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pendidikan, tidak sangka pula cita-citaku sejak kecil lagi hampir-hampir tercapai. UPSI terletak di sebuah daerah di Perak iaitu Tanjung Malim. Tanjung Malim merupakan sebuah dearah kecil yang terletak di tepi banjaran titiwangsa. Di tanjung malim lah tempat aku menuntut ilmu selama 4 tahun demi untuk mencapai cita-citaku ini.
poyo ..hahaha
poyo ..hahaha
Selasa, 18 Februari 2014
Isnin, 17 Februari 2014
KEPENTINGAN MORAL DAN ETIKA
Pada zaman dunia globalisasi ini, manusia telah melalui
pelbagai perubahan hidup dari semasa ke semasa. Perubahan-perubahan ini berlaku
dari pelbagai aspek seperti perbuatan, sikap, akhlak dan emosi. Justeru,
pendidikan moral perlu pada masa ini untuk mengatur hidup manusia supaya
sentiasa maju. Hal ini demikian kerana dengan terdapat peraturan berasaskan
moral dan etika dalam sesebuah negara, kehidupan manusia akan menjadi lebih
teratur dan tidak terpesong kepada perkara-perkara negatif. Konsep moral dan
etika juga penting semasa menendali tatacara kehidupan manusia dalam
menguruskan individu, keluarga, organisasi dan masyarakat bagi memastikan
kesejahteraan dan kebahagiaan. Thomas Hobbes telah menggambarkan kepentingan
hidup bermoral seperti berikut: ‘Tanpa peraturan sosial (moral), akan wujub
satu keadan konflik yang tidak berkesudahan dan persengketan yang mengakibatkan
kehidupan manusia menjadi jahat, bersifat buas dan angkuh.. Moral dan etika
adalah dua hal yang tidak boleh dipisahkan kerana pada dasarnya moral adalah
tingkahlaku yang telah diatur oleh etika. Konsep tentang kemoralan adalah sangat
luas untuk didefinisikan. Kemoralan ialah kualiti dan sifat perlakuan atau
tindakan yang berdasarkan prisip apa yang betl dan apa yang salah. Menurut
Harry Bowne, terdapat tiga jenis kemoralan, iaitu kemoralan peribadi, kemoralan
sejagat dan kemoralan mutlak. Berdasarkan konsep dan maksud tersebut, moral dan
etika sememangnya sangat penting dalam kehidupan manusia terutama untuk
mengatur hidup seseorang manusia. Justeru, kepentingan moral dan etika dapat
dilihat dalam konteks sejagat melalui individu, keluarga, organisasi,
masyarakat dan negara
2.0 TAKRIFAN
MORAL DAN ETIKA
Moral
pada dasarnya berasal daripad perkataan Latin iaitu mores yang membawa maksud
sama seperti etika (Ashmore, 1987). Namun, moral merupakan satu perkara yang
lebih menunjukkan kepada tingkah laku manakala etika merujuk kepada
peraturan-peraturan yang ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan. Menurut
kamus Oxford Asvanced Learnor’s edisi
keenam, moral bermaksud kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu
dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat praktikal. Moral juga bermaksud
tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila atau peraturan masyarakat setempat
di man masyarakat bertindak sebagai penentu.
Menurut Mohd. Janib Johani (1994) Moral juga bermaksud tidak mempunyai
‘rasa bermoral’ (moral sense) atau tidak dapat membezakan antara ‘buruk’ dengan
‘baik’. Menurut Abdul Rahman Aroff (1986), dalam membincangkan soal kemoralan,
peraturan-peraturan masyarakat mestilah diberi perhatian utama.
Etika pula bermaksud dari segi bahasa
inggeris iaitu etnic dan bahasa Greek iaitu Ethas yang membawa maksud nilai-nilai
atau perkara yang berkaitan dengan sikap yan menentukan tingkah laku sesuatu
golongan. Dari segi istilah pula bermaksud satu set peraturan tingkah laku atau
undang-undang seperti kod etika perguruan, guaman dan lain-lain, etika juga
merupakan satu kajian dan falsafah tentang kelakuan manusia yang member
penekanan tentang apa yang betul dan apa yang salah. Hal ini menunjukkan etika
bermaksud prinsip kelakuan yang betul mengenai sesuatu proses yang tertentu
sebagai tingkah laku yang menunjukkan moralnya. Menurut Grassian V. (1987)
berpendapt, etika boleh ditakrifkan sebagai kajian falsafah tentang moral,
iaitu tentang kelakuan yang baik, sikap moral, keadialan sosial dan
tanggungjawab moral dan cirri-cri kehehidupan yang baik (Eow Boon Hin,2000;2).
Menurut pelan Intergriti Nasional, etika ialah himpunan nilai dan moral yang
menjadi piawai bagi tingkah laku invidu, organisasi dan sesuatu profesion
pekerjaaan.
3.0 KEPENTINGAN
MORAL DAN ETIKA KEPADA
MANUSIA
3.1 KEPENTINGAN MORAL KEPADA INDIVIDU
3.1.1 PANDUAN HIDUP INDIVIDU
Antara
kepentingan moral dan etika kepada manusia pada zaman ini ialah sebagai panduan
hidup seseorang manusia. Hal ini demikian kerana seseorang manusia itu perlu
mempunyai panduan hidup dalam mengatur hidup mereka supaya tidak tepesong dari
lantasan sebenar. Manusia perlu mengikuti peraturan moral dan etika yang telah
ditetapkan oleh setiap agama atau negara. Sebagai contoh dalam sukatan
pendidikan moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk
kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan
nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan
adt resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu, murid dapat membina satu
panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan bermoral dan beretika.
Selain itu, manusia juga memerlukan pertimbangan moral dalam menentukan sama
ada sesuatu perkara betul atau tidak dalam kehidupan. Menurut (Abdul Rahman Md. Aroff, 1999) sama ada dalam pertuturan atau penulisan,
kita sentiasa membuat penyataan normatif dan bukan normative atau deskriptif.
Penyataan normatif dijelmakan sebagai pertimbangan nilai, dan berbeza
berbanding dengan penyataan deskriptif (Holmes,1993). Individu menggunakan penyataan normatif untuk
menegaskan bahawa sesuatu itu baik atau jahat, benar atau salah, diterima atau
ditolok. Justeru, penyataan normatif dan dekriptif dalam konsep asas etika
dapat dijadikan panduan hidup untuk manusia dalam mengatur hidup dan membuat
pertimbangan untuk melaksanakan sesuatu.
3.1.2 MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERAKHLAK MULIA
Disamping
itu. Kepentingan moral dan etika dalam kehidupan manusia pada masa ini ialah
dapat melahirkan modal insan yang berakhlak mulia. Individu yang berakhlak
mulia penting untuk melakukan sesuatu perkara
dalam kehidupan. Sebagai contoh, pada zaman ini pelbagai isu-isu mengenai
masalah sosial di kalangan remaja sekarang seperti gejala merempit, dadah,
membuang bayi dan sebagainya. Dari situ, kita dapat lihat sebenarnya moral dan
etika penting bagi mendidik remaja untuk menjadi seseorang yang berakhlak mulia
ketika melakukan sesuatu. Hal ini menunjukkan nilai –nilai moral perlu
diterapkan dalam kalangan remaja seperti bertanggungjawab, hormat-menghormati,
berdisiplin dan lain-lain lagi. Justeru remaja perlu dididik oleh ibi bapa atau
guru mengenai nilai moral dan etika dalam kehidupan sejak kecil lagi.
Pembentukan akhlak penting dalam seseorang manusia untuk mencerminkan sifat dan
perlakuan mereka. Menurut Yalchin, seperti yang dilaporkan oleh Ahmad Mohd
Salleh (1998), akhlak boleh disimpulkan
maksudnya sebagai mengandungi aspek berikut: sifat semula jadi yang dimiliki,
sifat ini dimiliki menerusi latihan, rangsangan atau sebagainya yang akhirnya
menjadi adat atau tabiat dan akhlak meliputi dua dimensi, iaitu batin atau
kejiwaan dan zahir dalam bentuk perlakuan. Menurut Yalchin lagi, akhlak
merupakan prinsip dan dasar serta pendekatan yang ditentukan oleh wahyu untuk
mengatur pelakuan individu, membatasi atau membentuk hubunganya dengan individu
lain sehingga mencapai matlamat kewujudannya di dunia ini secara yang paling
sempurna. Selain itu, teori keperibadian mulia melalui Aristotle (1979) juga
menekankan akhlak diri iaitu kemurahan hati, keberanian, kejujuran, kesabaran
dan kebijakasaan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan moral. Oleh
itu, moral dan etika memainkan peranan utama dalam membentuk akhlak mulia
seseorang individu supaya dapat melakukan seseatu perkara dengan betul dan
dapat memberi kesan positif.
3.2 KEPENTINGAN MORAL DAN ETIKA
TERHADAP KELUARGA
Disamping itu. Kepentingan moral dan etika juga ialah
dapat mengeratkan perhubungan dan kemesraan setiap ahli keluarga. Hal ini
demikian kerana jika setiap ahli keluarga mengamalkan nilai-nilai moral dan
etika yang baik, ia secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara ahli keluarga. Nilai-nilai yang patut diamalkan oleh setiap
ahli keluarga ialah hormat-menghormati, tolong-menolong, kasih-sayang,
kebersihan dan lain-lain lagi. Misalnya,seperti yang ditegaskan oleh Muzaffar
(1980), orang melayu,cina dan india menilai keluarga sebagai asas sebuah
komuniti. Mereka menekankan nilai menghormati ibu bapa, orang tua dan orang
yang bijaksana. Sebagai contoh, seseorang anak perlu menghormati ibu dan bapa
mereka dan sentisa mematuhi perintah dan larangan ibu bapa mereka selagi tidak
melangar peraturan agama. Melalui nilai
hormat-menghormati ini dapat mngeratkan hubungan antara anak dan ibubapa tanpa
sebarang pebalahan dan perselisihan.
Bagi
menerapkan nilai-nilai dalam kalangan ahli keluarga, ibu bapa perlu memainkan
peranan penting untuk mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi. Anak-anak
perlu dibimbing dengan nilai-nilai moral dan etika yang betul seperti cara
berkomunikasi, bergaul dengan baik, nilai kejujuran, hidup kesederhanaan dan
lain-lain. Ibu bapa juga sewajarnya member didikan agama tentang nilai kepada
anak-anak sejak kecil lagi lagi bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Hal ini demikiann kerana
setiap agama amat mementingkan hubungan baik dengan pencipta, sesame manusia
dan alam sekitar. Oleh itu, nilai-nilai moral dan etika amat penting untuk
membentuk keluarga yang bahagia tanpa sebarang perbalahan.
3.3 KEPENTINGAN MORAL DAN ETIKA TERHADAP
ORGANISASI
Kepentingan moral dan etika pada manusia pada zaman ini
ialah dapat mewujudkan sebuah organisasi yang stabil, kukuh dan berkembang
maju. Hal ini demikian kerana seandainya setiap ahli mengamalkan nilai-nilai
moral dan etika yang betul dapat memudahkan urusan sesebuah organisasi. Etika
dan nilai moral dalam organisasi menekankan keperluan nilai yang dilaksanakan
oleh setiap ahli organisai tersebut. Menurut Abdullah Zhidi bin Omar (2014),
etika organisasi ialah garis panduan untuk menjalankan tugas seperti berpegang
kepada perinsip bersih, cekap, amanah, jujur, benar, telus, bertanggungjawab
dan adil. Seseorang ahli organisasi haruslah memahami dan melaksanakan etika
dan nilai moral seperti melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik,
menghormati ahli organisasi lain, sentiasa bekerjasama dalam melakukan tugasan
dan sebagainya. Setiap organisasi juga pelu mewujudkan peraturan- peraturan
khas yang berkaitan dengan nilai. Menurut teori Weber (1966), satu ciri penting
organisi birokrasi ialah perturan-peraturan khas atau khusus yang menentukan
susunan autoriti sebagai struktur untuk mengawal (ganjaran bagi pengakuran atau
denda bagi penyelewengan) ahli-ahli organisasi tersebut. Justeru, dengan
peraturan-peraturan tersebut, ahli-ahli organisasi tidak akan melakukan perkara
yang negatif seperti rasuah dan pecah amanah. Dalam dunia globalisasi sekarang,
pecah amanah dan rasuah banyak berlaku di dalam sesebuah organisasi demi
keuntungan seseorang individu. Perkara ini berlaku akibat kurangnya nilai-nilai
moral dan etika dalam diri seseorang. Hal ini membolehkan manusia itu melakukan
perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai moral dan peraturan.
Justeru, penerapan nilai moral dan etika-etika perlu dalam diri seseorang
tersebut sejak kecil lagi supaya dapat dilaksanakan dalam kehidupannya seperti
melakukan sesuatu pekerjaan dalam sesebuah organisasi.
3.4 KEPENTINGAN MORAL DAN ETIKA TERHADAP
SEKOLAH
Seterusnya,
kepentingan moral dan etika pada kehidupan manusia zaman sekarang ialah dapat
mencapai misi dan visi sesebuah sekolah. Setiap sekolah di seluruh negara
mempunyai misi dan visi tersendiri untuk mencapai kecemerlangan di semua
peringkat. Justeru, nilai moral dan etika perlu diterapkan dalam setiap guru
dan pelajar untuk mencapai misi dan visi tersebut. Dalam konteks ini, pihak
pengurusan sekolah terutama pengetua perlu memainkan peranan dalam membentuk
nilai dan etika yang baik kepada semua pihak. Tugas pengetua atau guru besar
juga bukan sekadar mentransformasi pelajar dengan pengetahuan dan kemahairan
tetapi juga dengan sahsiah dan keperibadian mulia. Kuasa di antara pengetua
atau guru besar dan guru adalah tidak sama. Apabila perbezaan ini wujud maka
hubungan itu adalah bersifat moral. Dalam usaha untuk melaksanakan dasar pendidikan
supaya matlamat-matlamatnya tercapai, sistem tersebut memerlukan pemimpin
pendidikan yang cukup cekap, adil, beramanah, berdedikasi, berdaya
usaha, bertanggungjawab, berkebolehan dan berakhlak tinggi (Kamarudin Kachar,
1989).Akibat daripada kepimpinan yang baik dari pengetua atau guru besar tersebut
akan melahirkan guru yang bertanggungjawab. Guru akan menjalankan tugas dengan
penuh dedikasi dan pengisian kepada pelajar. Penera pan nilai-nilai ini dalam
kalangan guru akan memberi kesan kepada pembelajaran murid-murid. Subjek-subjek
yang diajar juga perlu diselitkan nilai-nilai yang positif untuk dijadi
pengajaran kepada murid-murid. Guru juga perlu mempunyai personality yang
menarik untuk dicontohi kepada murid-murid. Menurut (Prof.
dr khadijah rohani mohd yunus et all 2007), Personaliti seorang guru dari aspek
psikologi bermaksud corak tingkah laku, pemikiran dan emosi seseorang individu
itu dan cara bagaimana interaksi berlaku antara sesama individu lain. Personaliti
dan nilai moral yang baik dalam kalangan murid-murid akan melahirkan seseorang
murid yang bijak dalam semua perkara. Selain itu, pencapaian dalam pembelajaran
juga bertambah apabila mengamal nilai-nilai moral dan etika yang seterusnya
dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara.
3.5 KEPENTINGAN MORAL DAN ETIKA KEPADA
MASYARAKAT
Niai
moral dan etika yang baik dalam masyarakat harus dipupuk, diterap dan
disuburkan bagi membolehkan peradaban manusia berkekalan. Jika sesebuah
masyarakat mengamalkan nilai baik masyarakat tersebut mampu hidup harmoni dan
berkembang maju. Etika nilai penting dalam kehidupan masyarakat kerana ia
berhubung dengan tingkahlaku masyarakt sama ada baik atau buruk. Perkara paling
penting untuk mencapai keharmonian dan kedamai dalam masyarakat ialah setiap
anggota masyarakat perlu mematuhi peraturan dan undang-undang sesuatu tempat
atau komuniti. Dalam kemoralan sosial, menurut Abdul Rahman Md. Aroff (1999),
berdasarkan definisi ethos dan mores, tidak hairanlah bagi sesetengah
orng kemoralan atau etika merupakan sesuatu yang berkaitan dengan peraturan
masyarat yang tersendiri daripada tatasusila atau tatatertib masyarakat.
Menurut beliau lagi, Peraturan masyarakat biasa juga dimaksudkan sebagai
tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod, nilai dan pantang larang masyarakat.
Melalui peraturan tersebut, masyarakat perlu mematuhi dan melaksanakan dalam
kehidupan seharian. Antara peraturan masyarakat berkaitan konsep atau nilai
ialah berdikari, hormat-menghormati, kasih-sayang, keberbersihan dan kerjasama.
Sebagai contoh, di Malaysia, penerapan nilai-nilai ini telah menyatukan
masyarakat pelbagai kaum yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu melayu,
cina dan india. Setiap perbezaan yang ada di negara ini tidak kira perbezaan
kaum, agma, budaya, kepercayaan perlulah dihormati dan dihargai kerana itulah
antara factor yang menjadikan Malaysia sebuah negara unik di mata dunia.
Pengenalan konsep 1 Malaysia oleh perdana menteri iaitu Datuk Seri Najib bin
Tun Razak juga menerapkan nilai-nilai
moral kepada masyarakat.. Nilai-nilai aspirasi yang digagaskan
dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat
progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara
maju. Oleh itu, moral dan etika memang penting dalam kehidupan pada masa kini
sebagai panduan untuk golongan masyarakat hidup dengan aman dan harmoni.
3.6 KEPENTINGAN MORAL DAN ETIKA DALAM SAINS
DAN TEKNOLOGI
Prinsip
moral dan etika amat penting dalam pembangunan sains dan teknologi pada masa
ini. Penerapan nilai bertanggungjawab, berkerjasama, berdisiplin, tolong
menolong dan sebagainya perlu dalam pembangunan sains dan teknologi. Di
Malaysia, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak juga
menyeru supaya mengembang antara sains dam teknogi dengan sains sosial dan
kemanusian dalam agenda pembangunan negara. Pembangunan berasaskan sains dan
teknologi semata-semata, tanpa dilengkapi dengan nilai-nilai sosial dan
kemanusia boleh mengundang kemudaratan.
Justeru,
pihak berwajib perlu bertnggungjawab dalam memastikan setiap individu yang
terlibat dalam pembangunan sains dan teknologi mematuhi peraturan dan etika
dalam berkerja. Hal ini demikian kerana untuk mengelak lahirnya teknologi
mengikut kehendak komersia dan berlaku kerosakan kepada alam sekitar kerana
sikap kerakusan manusia. Disamping itu, akan melahirkan saintis dan teknokrat
yang tidak bermoral, pentingkan wang, pentingkan kuasa dan mempunyai sikap
penting diri. Oleh sebab itu, penerapan prisip moral dan etika akan dapat
menjadi panduan kepafa saintis dan teknokrat dalam melakukan kerja mereka.
Selain itu, seseorang itu akan mempunyai sikap bertanggungjawab untuk menjaga
kepentingan manusia dari kerakusan sains yang mengacam keselamatkan manusia.
Disamping itu, penerapan nilai moral dan etika yang betul dapat melahirkan
sainstis dan teknokrat yang berdisiplin tinggi dalam melakukan pekerjaan
dilihat penting. Menurut Islam, nilai etika mempunyai kaitan yang rapat dengan
ciptaan sains dan teknologi. Penggunaan pelbagai teknologi moden secara
beretika akan mendatangkan kebaikan,
sebaliknya pengabaian nilai etika akan
menimbulkan kesan yang buruk .Oleh itu, dengan penerapan nilai moral dan etika
yang betul akan dapat memajukan lagi bidang sains dan teknologi di sesebuah
negara.
4.0 PERBEZAAN
MORAL DAN ETIKA PADA ZAMAN
DAHALU
DAN KINI
Banyak
berbezaan yang terdapat pada moral dan etika pada zaman dahulu dan masa kini.
Pada zaman dahulu, manuia tidak lagi terdedah dengan teknologi-teknologi yang
boleh mepengaruhi perlakuan. Tingkah laku, sikap dan nilai-nilai murni. Justeru,
mereka tidak akan terpengaruh dengan budaya-budaya asing yang negatif. Masyarakat
zaman dahulu masih mempunyai pegangan agama dan kepercayaan yang kuat. Manakala pada zaman sekarang, masyarakat
telah didedahkan teknologi-teknologi moden yang akan menpengaruhi pemikiran dan
tingkah laku masyarakat. Perkembangan arus globalisasi sememangnya menimbulkan
banyak keburukan kerana hal ini tidak seiring dengan nilai yang diharapkan
dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni.
5.0 CABARAN:
ETIKA DAN MORAL SEBAGAI SATU
BIMBINGAN KEPADA MASYARAKAT
Dalam
dunia yang gobalisasi sekarang, berlaku banyak keruntuhan moral, etika dan
akhlak dalam masyarakat dengan berbagai gejala sosial berlaku. Hal ini
merupakan satu cabaran kepada kerajaan atau pemerintah kepada setiap negara
dalam menangani masalah tersebut. pihak pemerintah selain itu, ibu bapa juga
perlu bertindak bijak untuk membimbing anak-anak supaya bermoral dan beretika
dan tidak terlibat dengan gejala-gejala sosial yang berlaku pada abad ini.Tugas
pendidik di sekolah juga merupakan satu cabaran dalam membentuk moral dan etika
masyarakat zaman sekarang khususnya golongan pelajar. Memandangkan perubahan
teknologi dan masalah-masalah sosial yang semakan berkembang menyebabkan tugas
guru menjadi sukar dalam menangani masalah keruntuhan moral dalam masyarakat.
6.0 PENUTUP
Kesimpulannya, moral dan etika merupakan
sesuatu perkara yang penting kepada masyarakat untuk digunakan kehidupan
masyarakat. Moral dan etika merupakan satu amalan yang perlu ada pada setiap
orang supaya segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial
yang dikehendakai dalam masyarakat. Moral dan etika yang baik dapat melahirkan
insane yang unggul dan utopia. Dalam pengertian seharian moral atau etika ialah
budi pekerti atau kesusilaan. Perkataan moral berasal daripada perkataan Latin
‘moralis’ yang merujuk kepada hubungan antara manusia. Manakala, etika pula
berasal daripada perkataan Greek ‘ethos’ merujuk kepada perlakuan seseorang.
Pada umumnya, kedua-kedu perkataan itu tidak membawa banyak perbezaan dari segi
maknanya. Kedua-duanya merujuk kepada tingkah laku baik atau buruk mengikut
penilaian dalam masyarakat. Moral dan etika mempunyai banyak kepentingan dalam
masyarat kerana merupakan peraturan hidup yang perlu dipatuhi. Menurut Durkheim
(1961) menyatakan bahawa kemoralan terdiri daripada sesuatu sistem peratyran
yang telah ditentukan terlebih dahulu tentang cara seseorang itu dalam sesuatu
situasi. Moral dan etika penting dalam membentuk panduan hidup seseorang,
akhlak seseorang, melahirkan masyarakat yang harmoni, organisasi yang kukuh dan
sebagainya.
Langgan:
Catatan (Atom)